E-MAIL

persatuanmutawwifmalaysia@gmail.com

HOTLINE

03-87403644 | 018-2888084 | 016-6452553

Pucuk Pimpinan

PERMAI Pucuk Pimpinan

Datuk Ustaz Haji Kamal Bin Hj Muhamad – Penaung PERMAI

Dilahirkan di Melaka pada 7 November 1950, Datuk Ustaz Haji Kamal Bin Hj Muhamad telah mendapat pendidikan tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Sarjana Muda pengajian Islam dan selanjutnya memperoleh Ijazah Perubatan (Color Vibration Theraphy, CVT) pada tahun 2006 di Open International University of Complementary Medicines (OIUCM).

Merupakan Mantan Pengurus Besar di Lembaga Tabung Haji, beliau telah dianugerahkan perkhidmatan cemerlang di Tabung Haji 1991, Bintang Ahli Mangku Negara 1992 (A.M.N.), Bintang Anak Setia Kelantan 1994 (A.S.K.), dan juga Bintang Darjah Mulia Seri Melaka 2002 (D.M.S.M).

Pernah dilantik sebagai Pengurus Tabung Haji Selangor dan berikutnya dipindahkan ke Tabung Haji Wilayah Persekutuan.

Kemudian pada tahun 1984, beliau telah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah (Penyelidikan & Latihan) di Jabatan Haji selama 4 tahun. 

Beliau kembali ke Kelantan untuk menyambung khidmat di negeri Cik Siti Wan Kembang sebagai Pengarah Tabung Haji Kelantan pada tahun 1988. Selain menjadi Pengarah, beliau turut menjadi Pengurus Besar (Kualiti) di Jabatan Sumber Manusia pada tahun 1995. Beliau juga pernah menjadi Konsul Haji Jeddah, Arab Saudi pada tahun 2000.

Beliau kian disegani, kerana telah memainkan peranan yang penting pada tahun 2003 sebagai Pengurus Besar (Agensi Haji) di Lembaga Urusan Tabung Haji sehinggalah beliau bersara pada tahun 2006.

Beliau telah menulis beberapa buah buku dan salah satu buku karangan beliau berkenaan ibadat Umrah dan Haji sering menjadi rujukan ramai jemaah haji ialah Kursus Haji Bersiri.

Pada tahun 2007, beliau telah diberi jawatan di Pena Gemilang Sdn Bhd sebagai Pengarah dan Penasihat dan terkini beliau bergandingan bersama Ustaz Hj. Che Zawari di Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd sebagai Penasihat dan Pengarah Syarikat.

Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah – Penasihat Kehormat PERMAI

Dato’ Dr Hj. Mohd Fadzilah Kamsah dilahirkan pada 16 Julai 1951 di Kampung Sungai Pinang, Klang Selangor.

Merupakan seorang Pakar Motivasi terkenal Malaysia dan juga dikenali sebagai DMFK.

Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1977. Pada tahun 1993, beliau menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perkhidmatan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga.

Pada 10 Januari 2008, beliau dinobatkan sebagai “Tokoh Maal Hijrah” Selangor sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terhadap keluarga dan pembangunan modal insan.

Memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan daripada Wisconsin University, Amerika Syarikat.

Profesor Madya Musa Bin Ahmad – Penasihat PERMAI

Profesor Madya Musa Bin Ahmad merupakan Pengetua, Madrasah Al-Qurra dan Timbalan Presiden, Persatuan Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata Al-Quran Malaysia).

Kelulusan Akademik:

MPA (Pentadbiran Awam) Syracuse University, Amerika Syarikat 1982 (Sijil Pembangunan Wilayah) Sekolah Kewarganegaraan dan Hal Ehwal Awam, Syracuse University, Amerika Syarikat 1982

B.A (Falsafah Politik), Syracuse University, Amerika Syarikat, 1980

Diploma Pentadbiran Awam, UITM, 1977

Bidang Kepakaran:-

– Sistem Maklumat Zakat & Zakat Harta.

– Pengurusan Dan Pembangunan Islam.

– Pentadbiran Kewangan Sektor Awam.

– Kursus Tamadun Islam Dan Asia.

– Motivasi Dan Pembangunan Organisasi.

– Pembangunan Modal Insan.

– Latihan Pembangunan Modal Insan Perspektif Islam.

– Kursus Amalan Tadbir Urus Korporat.

– Kursus Inkubator Asnaf.

– Pengurusan Sumber Islam Dan Pengurusan Kewangan.

Datuk Md. Daud Che Ngah – Penasihat PERMAI

Datuk Md. Daud Che Ngah merupakan pakar dalam bidang urusan haji dan umrah dari Malaysia.

Mantan Pengurus Besar Dan Pengarah Tabung Haji.

Dilahirkan di Kampung Tanjung, Kupang, Baling, Kedah Darul Aman. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Syed Sheikh Jerai, Baling Kedah. Kemudian melanjutkan pelajaran di Pondok Khairiyah, Kampung Pisang, Baling, Kedah. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Arab Yahyawiyah, Padang Rengas, Perak, Sekolah Menengah Clifford dan Sekolah Menengah Pegas (Persendirian), Tasik Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Berpengalaman luas dalam pengurusan Haji (Kursus Haji dan Umrah serta Pengendalian Jemaah Haji di Makkah) hampir 30 tahun ketika bersama Lembaga Tabung Haji dan aktif memberi ceramah dan kuliah-kuliah agama di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan kedutaan Malaysia di United Kingdom. Juga merupakan ahli Muzakarah Ibadat Haji peringkat kebangsaan.