E-MAIL

persatuanmutawwifmalaysia@gmail.com

HOTLINE

03-87403644 | 018-2888084 | 016-6452553

Pucuk Pimpinan

PERMAI Pucuk Pimpinan

Dr Haji Che Zawari Che Ali Alhafiz – Pengerusi PERMAI

Ustaz Hj. Che Zawari Bin Che Ali atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hj. Zawari Ali Al-Hafiz telah dilahirkan pada 10 Febuari 1975. Berasal dari negeri Kelantan. Memiliki Ijazah Doktor kehormat dari British India Universiti dlm bidang keusahawanan & Ijazah Sanad Pengajian Hadis dari Darul Ulum New Castle, South Aftrica.

Giat dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam dengan menjadi tutor dan mengurus aktiviti program keislaman di Amal Pro Consultant Sdn Bhd pada suatu ketika dahulu. 

Pada tahun 2004, beliau mengorak langkah di dalam bidang pemasaran di Triways Travel Network Lufthansa City Centre dan berkhidmat sebagai eksekutif jualan selama dua tahun.

Disamping itu, beliau juga menjadi Imam dan Pengetua Pusat Tahfiz di Kuala Lumpur. Beliau juga pernah bertugas sebagai penterjemah teks Khutbah Jumaat ke Bahasa Inggeris di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada tahun 2006 sehingga 2009.

Pernah menyertai Muzakarah Haji anjuran Tabung Haji dan juga menyampaikan berita-berita haji sebagai jurucakap untuk program liputan Haji di Astro Oasis.

Merupakan Penceramah Bertauliah Tabung Haji, bersama Triways Travel,  Andalusia Travel, Zahafiz Travel, AlFaizin Travel dan sekarang merupakan Pengasas Akademi Mutawwif Profesional UHA dan CEO Muttawif UHA Travel & Services Sdn Bhd.

Part time trader dan investor saham di BSKL 2005-2020.

En. Faisal – Bendahari PERMAI

Faisal – berkelulusan Diploma Holistic Healing Diploma Lanjutan Holistic Healing dari Ibrahim School of Pyra Cosmic, USJ Selangor. Masa kini beliau bertugas sebagai Perawat.

Pernah berkhidmat di beberapa agensi kerajaan dan kementerian seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara, Pejabat Timbalan Pengarah Kastam Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (Kabinet JPM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Bahagian Penyelidikan JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Usahawan (Usahawan Bumiputra). 

Setelah bersara mencebur diri dibidang rawatan berbekalkan pengijazahan perubatan dari Allahyarham Prof. Dato’ Dr Harun Din (1980’an).

Pada 2009 beliau menyambung pengajian yang sama dengan memperolehi Advance Diploma Holistic Healing dari Ibrahim School of Pyra Cosmic, (sebuah Pusat Pengajian Swasta). Tahun 2010 mula membuka Pusat Penjagaan Kesihatan.

Tahun 2017 menyambung pengajian ke Supreme Master Skill di sebuah Pusat Pengajian Terapi Uratsaraf dan Minda hingga ke Tahap Tertinggi di bawah kelolaan Pengerusi Pertubuhan Pengamal Terapi Urut Saraf dan Minda serta Pengamal Perubatan Islam Malaysia.

En. Zulkhis Bin Abdul Jalil – Setiausaha PERMAI

Zulkhis Bin Abdul Jalil – Berbakat dalam bidang IT dari tahun 1990 hingga kini termasuk Pengawasan Data Center, Project Leader untuk berbagai applikasi dan antaranya adalah Human Resource, Manufacturing & Logistic termasuk Financial, Network & Desktop serta Helpdesk & Call Center. Serta berpengalaman luas bekerja selama 14 tahun dengan Syarikat Automotif terbesar di Malaysia

Berkemahiran dalam bidang kewangan & consultant unit trust di utk syarikat terbesar di Malaysia hingga kini.

Pengalaman dalam bidang pengurusan hibah, wasiat & pusaka.

Menyambung pelajaran ke OUM (Master in Pengurusan IT), memperolehi Ijazah Sarjana Muda Komputer Maklumat dari Universiti Teknologi Malaysia & Diploma Komputer Sains dari Universiti Mara Malaysia (UITM)

Pernah bekerja dengan Syarikat Kewangan, Software IT & Percetakan terbesar di Malaysia

 Dan sekarang terlibat pulak dalam bidang pemasangan komputer di Ibu Pejabat, Negeri Sembilan, Perak & Kedah.

 Bidang Lain yang diceburi : dalam proses berkecimpungan melibatkan diri di dalam Umrah & Haji dan pelancongan dalam & luar negara. Insyaallah

 Berpengalaman Melancong ke India, Kemboja, Vietnam & Singapura

 Dan pernah mengerjakan Umrah tahun 2013 bersama Hasanah Travel