E-MAIL

persatuanmutawwifmalaysia@gmail.com

HOTLINE

03-87403644 | 018-2888084 | 016-6452553

E-Kerjaya Mutawwif

PERMAI E-Kerjaya Mutawwif

BERITA BAIK UNTUK SYARIKAT PENGENDALI UMRAH DAN HAJI DI SELURUH MALAYSIA

Dengan sukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa, Persatuan Pendidikan Perdagangan Dan Pengurusan Mutawif Mutawifah Manasik Muslim Malaysia (PERMAI) merupakan entiti pertama di Malaysia yang melahirkan Mutawwif dan Mutawwifah yang bertauliah, kompeten dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, PERMAI ada menyediakan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah kepada Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji di seluruh Malaysia yang memerlukan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah untuk membawa jemaah umrah dan haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

TERMA & SYARAT

1. Untuk mendapatkan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah dari PERMAI, Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji perlu mendaftar dan membayar yuran tahunan @ Subscription Fee kepada PERMAI sebanyak RM1,000  (Satu Ribu Ringgit Malaysia Sahaja) setahun dan ianya perlu diperbaharui setiap tahun mengikut kadar yuran tahunan semasa.

2. Mutawwif dan Mutawwifah yang dibekalkan oleh PERMAI adalah dari kalangan mereka yang bertauliah dan diktiraf oleh pihak Kerajaan Malaysia serta kepakaran mereka disahkan oleh pakar yang bertauliah. KLIK di sini untuk melihat contoh Sijil Kemahiran Malaysia di dalam Bimbingan Umrah Dan Ziarah yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia kepada Mutawwif/Mutawwifah PERMAI.

3. Mutawwif dan Mutawwifah yang disediakan oleh PERMAI adalah hakmilik seratus peratus PERMAI dan tidak dibenarkan untuk diambil bertugas di mana-mana Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji tanpa kebenaran bertulis dari pihak PERMAI.

4. Penilaian tahap kebolehan dan kepakaran seseorang Mutawwif dan Mutawwifah serta kebenaran untuk bertugas di mana-mana Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji yang ingin mendapatkan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah dari PERMAI adalah di atas budi bicara PERMAI sepenuhnya dan Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji tersebut tidak boleh membuat “booking” atau “memilih” Mutawwif dan Mutawwifah tanpa kebenaran pihak PERMAI.

5. Tempahan untuk mendapatkan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah dari PERMAI perlu dibuat selewat-lewatnya 45 hari sebelum tarikh berlepas ke Tanah Suci dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM500 (Lima Ratus Ringgit Malaysia) seorang bagi setiap Mutawwif dan Mutawwifah yang diperlukan. Wang deposit RM500 ini akan dikembalikan semula kepada pihak Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji setelah Mutawwif dan Mutawwifah yang dipohon untuk bertugas bersama mereka selamat kembali semula ke Malaysia. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji membatalkan tempahan Mutawwif dan Mutawwifah yang telah dibuat, bayaran deposit RM500 bagi setiap orang Mutawwif dan Mutawwifah yang ditempah itu tidak akan dikembalikan.

6. Fee untuk mendapatkan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah adalah sebanyak RM2,000 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) seorang untuk setiap perjalanan dan pembayaran perlu dibuat terus ke dalam akaun bank Persatuan Pendidikan Perdagangan Dan Pengurusan Mutawif Mutawifah Manasik Muslim Malaysia (PERMAI) seperti di bawah.

No. Akaun: 5648 4711 3083

7. Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji yang ingin mendapatkan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah PERMAI perlu menyediakan kemudahan yang sepatutnya kepada setiap Mutawwif dan Mutawwifah yang dibekalkan PERMAI untuk setiap perjalanan ke Tanah Suci seperti:-

– Visa.

– Tiket penerbangan pergi dan balik.

– Tempat penginapan semasa bertugas.

– Makan, minum dan lain-lain perkara yang dikira perlu termasuk insurans perjalanan.

8. Trip jumlah hari bertugas bagi setiap Mutawwif dan Mutawwifah merangkumi tempoh perjalanan berdasarkan persetujuan bersama di antara PERMAI dan Syarikat Pengendali Umrah Dan Haji.

9. PERMAI tidak boleh dipertanggungjawabkan dan diambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku apa juga bentuk kemalangan ke atas jemaah Pengendali Syarikat Umrah Dan Haji yang berpunca dari kemalangan, bencana alam, atau apa juga bentuk kecuaian.

10. Untuk membuat tempahan dan mendapatkan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah PERMAI, sila KLIK ikon “Tempah Sekarang” di bawah. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkhidmatan Mutawwif dan Mutawwifah PERMAI, sila hubungi / WhatsApp Pengerusi PERMAI, Ustaz Hj. Zawari di talian 018-2888084. Pihak kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.